Dua hari lepas admin kebetulan ke sebuah pasaraya besar di sekitar Shah Alam. Sewaktu melintasi sebuah outlet berkonsepkan egypt, admin tergerak hati untuk masuk kerana tertarik untuk melihat produk cermin berbingkai di dalam premis tersebut.
Kebanyakan cermin yang terdapat di sana banyak juga datangnya dari lokasi borong terkenal di utara N9. Tertarik, namun terkedu dgan harga satu hiasan cermin yang ditawarkan bersaiz lebih kurang 2x3 kaki berharga RM 1400. Material yang digunakan cermin muka degan ketebalan tidak seberapa, corak timbulan menggunakan teknik emboss machine pasti banyak terlihat di mana2 kdai sekitar kita. Bingkai yang digunakan juga bukanlah kayu solid, tetapi bahan seperti plastik yang didekorasi seakan kayu.
Ya, memang jujurnya admin kongsikan hal ini untuk menyebut perbandingan dgan apa yang kami jalankan. Kerana kami menawarkan pulangan nilai produk yang jauh lebih eksklusif dan berkualiti baik dari segi bahan dan rekacorak yang mengikut permintaan pengguna dengan saiz yang lebih besar dan memberi impak dalam kediaman anda.
Jika dengan harga RM1400 tersebut kami tawarkan saiz 4x4 kaki dengan sebahagian cermin didekorasi dgan corak citarasa anda, cermin tebal, berbingkai kayu solid, penghantaran dan pemasangan. Dan itulah satu2nya masterpiece untuk kediaman anda.
* Belum ada kenaikan harga setakat ini
No comments:
Post a Comment