Friday, 20 December 2013

KENAPA DAN ADA APA DENGAN HARGA ?

Salam sejahtera,

Terdahulu kami ingin mendoakan kesihatan kita semua dalam keadaan terbaik. Penghujung tahun 2013 ini kami berharap dapat diakhiri dengan kesudahan yang senantiasa lebih baik dari tahun tahun yang lepas.

Izinkan kami mencatat sedikit ulasan umum buat semua rakan pembaca berkaitan salah satu perkara penting dalam sesuatu proses jual beli harian sama ada melibatkan sesuatu barangan, produk atau perkhidmatan.

Izinkan kami mengutarakan sedikit pandangan dan maklum balas terhadap persoalan yang bermain di minda tentang perkhidmatan yang kami tawarkan atau mereka yang sealiran dengan kami.
Memang tidak dinafikan ada segelintir pelanggan yang bertanyakan itu ini kepada kami apabila perbincangan masuk kepada perihal kos dan harga karya yang akan dihasilkan atau telah dihasilkan.
Justeru izinkan kami untuk merasionalkan perkara tersebut menerusi sedikit penulisan bersifat umum ini.

Seni halus catan atau 'painting' begitu subjektif untuk diperkatakan bermula daripada proses penghasilan sehinggalah siapnya karya akhir. Namun sepanjang tempoh tersebut, ianya bukanlah suatu usaha yang mudah serta sesingkat masa yang disangkakan. Seperti kami di Fugatips Art khususnya bekerja dengan suatu bahan yang begitu sensitif iaitu cermin dan kebanyakannya berskala besar.

Carta aliran proses kerja kami bermula daripada perbincangan bersama pelanggan, lakaran idea, pengesahan rekabentuk, lakaran kerja, mewarna, hantar frame, hantar kepada pelanggan dan pemasangan.

Untuk lebih jelas, penetapan harga sesuatu karya kami adalah termasuk faktor-faktor berikut :

1. Idea/ Rekabentuk
    Olahan idea biasanya diilhamkan oleh pelanggan, kami
    merealisasikan idea mereka dengan menghasilkan beberapa
    lakaran idea. Proses ini biasanya bertukar2 sehingga suatu
    kputusan memuaskan hati dicapai.

2. Kos bahan/ alatan
    Bergantung kepada berapa besar karya dan berapa banyak
    bahan yang digunakan. Suka untuk kami jelaskan kami sangat
    menekankan kualiti bahan yang digunakan. Ini termasuklah jenis
    cermin, ketebalan, jenis warna serta jenis kayu frame/bingkai
    yang digunakan.

3. Tenaga kerja
    Bergantung kepada berapa ramai tenaga kerja diperlukan.

4. Tempoh masa
    Keadaan ini bergantung kepada rekacorak, saiz dan material yang
    digunakan. Karya berskala besar pastinya mengambil masa lebih
    lama untuk disiapkan. Ini kerana tempoh penghantaran cermin
    dari kilang, kemudian dihantar untuk frame, seterusnya baru di
    bawa ke studio untuk proses 'painting'.

5. Tahap kesukaran/ risiko
    Apa yang pelanggan inginkan kami sedaya mungkin cuba penuhi.
    Namun kadangkala permintaan yang dihajati berdepan kesukaran
    terutamanya dalam penghasilan teknik yang perlu diperlbagaikan.
    Sebarang kesilapan memungkin karya perlu dihasilkan semula.

6. Ekslusiviti
    Apa yang anda dapat maka itu adalah satu satunya rekacorak
    eksklusif dalam kediaman anda. Kami tidak menghasilkan dua atau
    lebih karya yang sama sebagaimana kebanyakan produk yang
    dijual didalam gedung borong.

7. Penghantaran/ jarak/ pengangkutan
    Jarak dan jenis pengangkutan kadangkala terpaksa kami
    pertimbangkan. Ini kerana karya bersaiz besar memerlukan kami
    menyewa kenderaan khusus untuk tujuan penghantaran.
    Walaubagaimanapun, kami sedaya mungkin cuba meminimakan
    kos tersebut.

8. Pemasangan (Kebiasaannya tiada caj dikenakan)
    Kerja-kerja pemasangan ada kalanya memerlukan lebih daripada
    seorang terutamanya melibatkan karya bersaiz besar dan berat.
    Ini juga bagi mengelakkan sebarang tragedi berlaku. 
    -------------------------------------------------------------------------


Untuk makluman pembaca sekalian, ulasan ini sekadar memberi pencerahan kepada semua bagaimana suatu proses kesampaian kepada pengguna cuba kami penuhi. Kesemua faktor yang kami senaraikan telah kami satukan dan campur serta murnikan agar pertimbangan suatu kadar bayaran menjadi patut, adil serta mendatangkan menang menang situasi.

Ada sesetengah pengguna membandingkan harga kami dengan produk cermin yang dijual di dalam gedung borong lain. Adalah tidak wajar kerana kualiti dan eksklusiviti yang kami tawarkan jauh berbeza baik dari segi material dan kualiti bahannya.

Sehubungan itu, semoga dengan penerangan ini dapat memberikan gambaran kepada semua bagaimana suatu proses direalisasikan kepada pengguna dalam bentuk karya 'masterpiece' untuk keindahan kediaman anda. Semoga apa yang kami jalankan memberi kepuasan atau setidaknya memberi inspirasi kepada anda.
Menjadi rakan kami, tidak semestinya berusuniaga atau kena beli sesuatu. Ia mungkin hanya melalui perkongsian idea atau sekadar dorongan. Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah berurusniaga bersama, serta menyokong kami selama ini.

Sekian.
Fugatips Art

No comments:

Post a Comment