Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan dan pembaca.
Tahun baru menjelma lagi. 2013 bakal ditinggalkan.
Apa yang kami harapkan sepanjang tahun ini telah dapat sedikit sebanyak memberi perkongsian atau manfaat kepada rakan, pelanggan atau mereka yang pertama kali mengenali usaha kami.
Sempena kedatangan tahun baru 2014 ini, kami turut ingin mengucapkan ' Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi'. Semoga apa saja yang kita usahakan sama sama mendapat lebih kejayaan dan apa paling penting adalah kredhaan daripada Allah SWT.
Kami juga turut berharapkan akan mampu melangkah lebih jauh lagi pada masa masa berikutnya nanti. InshaAllah.
Jangan lupa kenalkan produk kami kepada rakan taulan, dan sudilah untuk menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan, tempahan atau sekadar rundingan.
'Happy New Year'
Saturday, 28 December 2013
Roses on Mirror
Selang seminggu selepas pemasangan cermin di kediaman En Azizi di TTDI Jaya, kami diberikan satu lagi cermin sedia ada daripada beliau. Supaya tidak terlalu kosong, beliau minta untuk dihiascorakkan dengan sedikit sentuhan ' wangian Roses '
Landscape Mirror Painting
Salam sejahtera,
Seminggu yang lepas kami telah menyiapkan beberapa hasil karya tempahan beberapa orang pelanggan kami. Salah satu daripadanya ia milik En Azizi dari Taman TTDI Jaya Shah Alam. Mirror Painting berkonsepkan lanskap ini alhamdulillah siap dan dapat digantingkan sepenuhnya di kediaman beliau. Syukran "

Wednesday, 25 December 2013
Masterpiece Artwork
Dua hari lepas admin kebetulan ke sebuah pasaraya besar di sekitar Shah Alam. Sewaktu melintasi sebuah outlet berkonsepkan egypt, admin tergerak hati untuk masuk kerana tertarik untuk melihat produk cermin berbingkai di dalam premis tersebut.
Kebanyakan cermin yang terdapat di sana banyak juga datangnya dari lokasi borong terkenal di utara N9. Tertarik, namun terkedu dgan harga satu hiasan cermin yang ditawarkan bersaiz lebih kurang 2x3 kaki berharga RM 1400. Material yang digunakan cermin muka degan ketebalan tidak seberapa, corak timbulan menggunakan teknik emboss machine pasti banyak terlihat di mana2 kdai sekitar kita. Bingkai yang digunakan juga bukanlah kayu solid, tetapi bahan seperti plastik yang didekorasi seakan kayu.
Ya, memang jujurnya admin kongsikan hal ini untuk menyebut perbandingan dgan apa yang kami jalankan. Kerana kami menawarkan pulangan nilai produk yang jauh lebih eksklusif dan berkualiti baik dari segi bahan dan rekacorak yang mengikut permintaan pengguna dengan saiz yang lebih besar dan memberi impak dalam kediaman anda.
Jika dengan harga RM1400 tersebut kami tawarkan saiz 4x4 kaki dengan sebahagian cermin didekorasi dgan corak citarasa anda, cermin tebal, berbingkai kayu solid, penghantaran dan pemasangan. Dan itulah satu2nya masterpiece untuk kediaman anda.
* Belum ada kenaikan harga setakat ini

Friday, 20 December 2013
KENAPA DAN ADA APA DENGAN HARGA ?
Salam sejahtera,
Terdahulu kami ingin mendoakan kesihatan kita semua dalam keadaan terbaik. Penghujung tahun 2013 ini kami berharap dapat diakhiri dengan kesudahan yang senantiasa lebih baik dari tahun tahun yang lepas.
Izinkan kami mencatat sedikit ulasan umum buat semua rakan pembaca berkaitan salah satu perkara penting dalam sesuatu proses jual beli harian sama ada melibatkan sesuatu barangan, produk atau perkhidmatan.
Izinkan kami mengutarakan sedikit pandangan dan maklum balas terhadap persoalan yang bermain di minda tentang perkhidmatan yang kami tawarkan atau mereka yang sealiran dengan kami.
Memang tidak dinafikan ada segelintir pelanggan yang bertanyakan itu ini kepada kami apabila perbincangan masuk kepada perihal kos dan harga karya yang akan dihasilkan atau telah dihasilkan.
Justeru izinkan kami untuk merasionalkan perkara tersebut menerusi sedikit penulisan bersifat umum ini.
Seni halus catan atau 'painting' begitu subjektif untuk diperkatakan bermula daripada proses penghasilan sehinggalah siapnya karya akhir. Namun sepanjang tempoh tersebut, ianya bukanlah suatu usaha yang mudah serta sesingkat masa yang disangkakan. Seperti kami di Fugatips Art khususnya bekerja dengan suatu bahan yang begitu sensitif iaitu cermin dan kebanyakannya berskala besar.
Carta aliran proses kerja kami bermula daripada perbincangan bersama pelanggan, lakaran idea, pengesahan rekabentuk, lakaran kerja, mewarna, hantar frame, hantar kepada pelanggan dan pemasangan.
Untuk lebih jelas, penetapan harga sesuatu karya kami adalah termasuk faktor-faktor berikut :
1. Idea/ Rekabentuk
Olahan idea biasanya diilhamkan oleh pelanggan, kami
merealisasikan idea mereka dengan menghasilkan beberapa
lakaran idea. Proses ini biasanya bertukar2 sehingga suatu
kputusan memuaskan hati dicapai.
2. Kos bahan/ alatan
Bergantung kepada berapa besar karya dan berapa banyak
bahan yang digunakan. Suka untuk kami jelaskan kami sangat
menekankan kualiti bahan yang digunakan. Ini termasuklah jenis
cermin, ketebalan, jenis warna serta jenis kayu frame/bingkai
yang digunakan.
3. Tenaga kerja
Bergantung kepada berapa ramai tenaga kerja diperlukan.
4. Tempoh masa
Keadaan ini bergantung kepada rekacorak, saiz dan material yang
digunakan. Karya berskala besar pastinya mengambil masa lebih
lama untuk disiapkan. Ini kerana tempoh penghantaran cermin
dari kilang, kemudian dihantar untuk frame, seterusnya baru di
bawa ke studio untuk proses 'painting'.
5. Tahap kesukaran/ risiko
Apa yang pelanggan inginkan kami sedaya mungkin cuba penuhi.
Namun kadangkala permintaan yang dihajati berdepan kesukaran
terutamanya dalam penghasilan teknik yang perlu diperlbagaikan.
Sebarang kesilapan memungkin karya perlu dihasilkan semula.
6. Ekslusiviti
Apa yang anda dapat maka itu adalah satu satunya rekacorak
eksklusif dalam kediaman anda. Kami tidak menghasilkan dua atau
lebih karya yang sama sebagaimana kebanyakan produk yang
dijual didalam gedung borong.
7. Penghantaran/ jarak/ pengangkutan
Jarak dan jenis pengangkutan kadangkala terpaksa kami
pertimbangkan. Ini kerana karya bersaiz besar memerlukan kami
menyewa kenderaan khusus untuk tujuan penghantaran.
Walaubagaimanapun, kami sedaya mungkin cuba meminimakan
kos tersebut.
8. Pemasangan (Kebiasaannya tiada caj dikenakan)
Kerja-kerja pemasangan ada kalanya memerlukan lebih daripada
seorang terutamanya melibatkan karya bersaiz besar dan berat.
Ini juga bagi mengelakkan sebarang tragedi berlaku.
------------------------------------------------------- ------------------
Untuk makluman pembaca sekalian, ulasan ini sekadar memberi pencerahan kepada semua bagaimana suatu proses kesampaian kepada pengguna cuba kami penuhi. Kesemua faktor yang kami senaraikan telah kami satukan dan campur serta murnikan agar pertimbangan suatu kadar bayaran menjadi patut, adil serta mendatangkan menang menang situasi.
Ada sesetengah pengguna membandingkan harga kami dengan produk cermin yang dijual di dalam gedung borong lain. Adalah tidak wajar kerana kualiti dan eksklusiviti yang kami tawarkan jauh berbeza baik dari segi material dan kualiti bahannya.
Sehubungan itu, semoga dengan penerangan ini dapat memberikan gambaran kepada semua bagaimana suatu proses direalisasikan kepada pengguna dalam bentuk karya 'masterpiece' untuk keindahan kediaman anda. Semoga apa yang kami jalankan memberi kepuasan atau setidaknya memberi inspirasi kepada anda.
Menjadi rakan kami, tidak semestinya berusuniaga atau kena beli sesuatu. Ia mungkin hanya melalui perkongsian idea atau sekadar dorongan. Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah berurusniaga bersama, serta menyokong kami selama ini.
Sekian.
Fugatips Art

-------------------------------------------------------

Subscribe to:
Posts (Atom)